Tuesday 22 November 2011

"Malaysia" hanya pada nama

Salam. Dalam tempoh seminggu ni mesti ramai yang memperkatakan kejayaan pasukan bola sepak negara dalam Sukan SEA menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia dan seterusnya menggondol emas. Syabas buat mereka.

Sebenarnya aku betul-betul kecewa dengan masyarakat Cina di Malaysia ni. Kata 1Malaysia, tapi perlawanan Malaysia dalam peringkat kumpulan, separuh akhir, dan akhir, tak ramai yang bagi sokongan. Bila aku tanya kawan aku sendiri pun dia cakap dia tak tahu dan tak tengok langsung perlawanan membabitkan skuad negara. Di kedai-kedai mamak pun yang paling ketara aku tengok rata-rata kaum Melayu dan India sahaja yang membanjiri semua tempat yang ada.

Aku sebenarnya sangat berterima kasih kepada Ong Kim Swee dan beberapa pemain kaum Cina yang menyertai skuad negara dalam Sukan SEA. Tanpa Ong Kim Swee yang berbangsa Cina tu, aku rasa Malaysia takkan sampai ke tahap ni. Tapi sedihnya Mr. Ong, kau punya bangsa sendiri pun tak datang bagi sokongan. Jangan kata di stadium, di kedai-kedai mamak, di kaca televisyen, mahupun di internet semuanya mereka tak ambil peduli.

Pandai pula bila menang keluarlah pendapat 'profesional' masing-masing. Bila ada majlis-majlis penting, barulah kamu semua nak tunjuk semangat 1Malaysia. Tapi hakikatnya, hanyalah pada nama sahaja. Berubahlah demi kebaikan negara. Sekian.



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: