Saturday 29 October 2011

kalau nak cepat langgar, kalau nak jimat lari cepat-cepat

Aku bukan nak kata apalah, dah lebih kurang 4 bulan aku memandu kereta di KL, fuyoooo!!! Rasa macam nak berhenti naik kereta, dan pakai basikal je. Rider2 dgn driver2 kat KL ni bawa kenderaan bukan ingat keselamatan orang lain. Aku ni je yang baik hati sangat (tapi dalam kereta maki hamun juga!!).

Enam hari yang lepas, kereta yang aku pandu dengan penuh berhemah secara tiba-tiba dilanggar oleh seorang mat motor. Kereta aku dilanggar semasa aku sedang berhenti memberi laluan kenderaan lain di persimpangan menuju masuk ke UM. Sudahlah kena langgar, mamat tu ucap sory dan cabut macam tu aje! Apa kes? Nampak sangat nak larikan diri, sampai nyaris-nyaris motor yg mamat tu bawa tergelincir.

Kesudahannya, kereta aku kemik. Hati aku panas je sepanjang haritu. Nak kata student, macam tak sebab pakai baju formal. Insaflah. Takkan sampai dah langgar orang sampai mati baru nak bawa perlahan2?? Kereta pun tak terkecuali. Kalau nak tukar lorong tu bagilah signal supaya orang alert. Takdelah kemalangan nanti.

Itu aje rasenya dari aku. Kena post something gak. Kalau tak hilanglah share 70% nuffnang aku. Ye tak syg?? hahaha..bye2



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

1 scientists in lab:

♥ p a a n i ♥ on 12 November 2011 at 17:31 said...

xsyg nyawa kot diorang tu..