Thursday 8 September 2011

takde bukti,jangan main sebarang cakap (@_@)

Sejak kebelakangan ni, satu Malaysia sibuk dengan isu Mat Indera. Ahli politik PAS kata Mat Indera ni wira negara, dan UMNO serta sejarahwan negara pulak kata Mat Indera sebagai pengkhianat negara. Aku pun tak paham. Takda bukti-bukti serta asas yang kukuh,macam-macam tuduhan dilemparkan. Sudah-sudahlah tu. Orang yang hangat diperkatakan pun dah mati. Tak baik buka pekong orang yang dah mati. Sejarahwan yang lain pun tak pasti Mat Indera tu pengkhianat atau tidak. Kenapa isu ni harus diperbesarkan?

Aku bukan sokong mana-mana pihak. Sebab aku seorang yang berfikiran terbuka. Tak sokong langsung mana-mana parti politik (tak tahulah nak undi mana satu nanti) sebab banyak sangat perbalahan antara ahli politik. Yang UMNO buruk-burukkan PAS, dan PAS tuduh-menuduh UMNO. Sampai bila nak macam ni? Kemerdekaan negara sudah mencecah 54 tahun, tetapi sayangnya minda sesetengah rakyat Malaysia masih terkongkong dan belum mencapai 'kemerdekaan' lagi.

Aku rasa bersyukur kerana negara kita ni masih aman dan damai. Tetapi kalau dilihatkan kepada apa yang berlaku sekarang ni, tak mustahil satu hari nanti negara kita akan bergolak dan mengahadapi krisis yang meruncing. Daripada sibuk berdebat tentang sesuatu yang kurang pasti yang telah berlaku pada beberapa dekad yang lepas,lebih baik kita tumpukan kepada perkara-perkara mendatang yang berperanan dalam mencorakkan hala tuju negara. Yang lepas biarkan lepas, tetapi dalam masa yang sama harus dijadikan iktibar.



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: