Tuesday 6 September 2011

kawan oh kawan

Kawan,cakap pasal kawan semua org ade kawan. Kawan atau dalam kate lainnye sahabat. Dari muda ke tua semua ade kawan. Tapi kawan mcm mane yg baik/yg kita cari/yg sesuai untuk kita? Inilah ciri2 kawan yg harus kita cari (pada pandangan aku la,,huhu):

1. Tak pengaruhi kita walaupun dia seorg yg jahat @#@
Ciri kawan yg baik pd aku. Walaupun dia hisap rokok ke, merempit ke, gangster ke, boros ke, ape2 la yg jahat tahap dewa, dia takkan ajak kawan2 dia yg masih suci.Huhu..Pada dia,ape yg dia buat,adela untuk kepuasan diri dia sendiri, dan bukan untuk memusnahkan hidup org lain terutama kawan2 dia.Susah nak dapat jenis kawan mcm ni.

2. Tak berkira walau sesen pun!!
Senang citer tak kedekut la. Kalau keluar makan dgn kawan2, tak cukup duit nak bayar, jgn risau. Member2 species mcm ni la yg akan tolong kita. Setakat 4-5 ringgit dihalalkannye.Huhu..Besh ade kawan mcm ni. Tapi jgnla nak mengambil kesempatan atas kebaikan dia pulak. Pinjam duit pastu susah nak pulang.

3. Tak marah bila kena tegur...
Ni part yg sensitif. Malas aku ade jenis kawan mcm ni. Kalau tak nak kena tegur, jgnla buat perkara2 yg boleh menjengkelkn org lain. Nanti kalau da kena tegur, nak melenting pula. Walaupun tegur cara baik.Kawan jenis ni boleh bawa gaduh hari2 (bukan pusat pakaian Hari2..huhu).

4. Tak 'makan' kawan (ngap2...bukan sebab species Cannibal)
Ni yg aku tak paham.Awek boleh bertukar2 tgn dgn member sendiri. Last2 gaduh. Hurm.,aku tension gak tgok sorg kawan aku sorang ni, pas clash awek dia couple dgn member baik dia. Yg peritnye member dia tu member aku gak satu sekolah rendah dan menengah. Karang kalau aku layan member yg da couple dgn bekas awek kawan aku sorang ni, takut dia terase pulak. Even sekarang pun tgok mcm da tak rapat. Tak tahula mungkin sebab masing2 ade hal tersendiri. Jadi takde mase nak berhubung (pikir positif).

5. Tak terlalu rapat dan tak terlalu sibuk amik tahu hal kawan sendiri
Bagi aku, semua org yg ade kat sisi aku (selain kuarge, nisa, dan sedare-mare) adelah sahabat.Semua aku layan same rate, same baik. Takde istilah sahabat 'baik' bg aku. Sebab ade je sahabat baik yg bergaduh besar sampai ke tua! Betul tak? Jgn nak bohong.Huhu. Dan sebagai seorg kawan kita jgnla pandai2 menilai sesuatu berkenanaan hal kawan kita tu. Hal peribadi dia, adelah hak mutlak dia. Jgn kita sibuk2 nak 'korek' melainkan dia sendri yg sampaikn pada kita jika dia sendri tak tahan menanggungnye.Ape yg bole kita buat, bagi nasihat sahaje, tapi jgn pulak buat keputusan bagi pihak kawan kita. Salah tu!!! Last2 nanti boleh bawa gaduh!

6. Tak lambat bila berjanji!!!
Ni lagi satu yg bikin panas. Kalau da janji tu biarla tepati. Takdela terpinga2 menunggu. Hal ni banyak terjadi. Malas nak cerita.Huhu.Sendiri mahu ingatla ek.

Ok la. Penat jari ni ber'shuffle' kat keyboard sambil dgr lagu Nera (Hatiku Milikmu Nisa)..huhu.
Pesanan ni bukan untuk kawan korg je, tapi untuk diri sendiri gak. Pikirla mane yg baik.



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: