Wednesday 7 September 2011

Drogba & Rooney!!!

Baru lepas tonton cerita Drogba & Rooney (mase Hari Raya tak sempat tengok).Kelakar juga cerita ni.Kagum aku dengan watak mereka berdua dalam cerita ni.Sanggup buat apa sahaja demi menggapai cita2.Tak mudah berputus asa walaupun banyak rintangan.

Berbalik kepada cerita tersebut,kita sanggup buat apa saja asalkan dapat berjumpa orang yang kita minat.Teringat aku waktu zaman sekolah dahulu,aku sendiri hairan melihat gelagat sesetengah rakan-rakanku yang terlalu fanatik terhadap seseorang artis ataupun tokoh-tokoh yang ada di Malaysia ni.Kalau kita menjadikan seseorang itu sebagai idola untuk ke arah kejayaan,itu kira bagus lagi.Tapi kalau hanya nak mengejar populariti atau rupa mahupun kekayaan semata-mata,itu dah bercanggah dari prinsip asal hidup kita di muka bumi ini.

Sudah hampir 3 tahun aku berada di Kuala Lumpur,macam-macam orang yang aku dah jumpa.Artis?Tokoh-tokoh?Jutawan?Semua aku dah jumpa.Tetapi,aku tidaklah segairah mana bila jumpa mereka itu.Kita tak sepatutnya memandang pada kejayaan yang mereka kecapi sahaja,tetapi kita harus menilai serta mempraktikkan nilai-nilai yang ada dalam diri mereka yang membuatkan mereka mampu mencapai kejayaan-kejayaan tersebut.

Walaupun solat terawih satu masjid bersama-sama radhi khalid dan sheikh muzafar,solat zohor satu surau bersama-sama fahrin ahmad,aku tetap yakin bahawa bakat,kejayaan dan kekayaan yang mereka perolehi,datangnya dari Allah S.W.T.

Kalau hendak diceritakan semua ikon-ikon yang sudah aku jumpa kat Malaysia ni,sampai subuh pun belum tentu dapat aku habiskan.Renung-renungkanlah :-)



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: