Sunday, 14 August 2011

bile da takde, baru gelabah.

boring gile tajuk.


Assalamualaikum.


normal. bile kite hilang sesuatu yang selalu depan mata, langsung tak pernah pikir nak hargai. bila da hilang takde, baru nak cari cari.


introdaksi pon boring. arghh.


badan dan otak sedang dalam proses recovery setelah mengalami dehidrasi sebentar tadi. soalan yang akan terlintas di benak minda kauorang adalah, kenapa ya sebegitu jadinya? putus bekalan air di rumah dan putus juga bekalan letrik di saat suhu dunia sedang mencecah darjah kepanasan tahap petala ketujuh dan aku tak ubah seperti ayam kenny roger rosters dibakar enak di dalam ketuhar.


perlu ke patah patah perkataan terakhir tu?


bila dah berada dalam keadaan macam tu, baru la terduduk lesu di bawah kipas yang sudah tidak bernyawa dengan mata bulat berkaca memandang kipas berharap agar berpusing dengan megah dan sombongnya.


sejam...

dua jam...

5 jam...



masa untok terima hakikat. pekerja TNB juga berpuasa seperti kamu, kamu dan kamu. pergerakannya tatkala membaiki ape ape yang rosak itu mungkin tak setangkas bulan lepas.


ye ye. mungkin.


sekarang keadaan sudah kembali normal. boleh kembali berjimba jimba di alam maya. sudah mula lupa daratan agar segera bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaanNya.


mari tadah tangan sama sama bersyukur dengan kadar segera.


ucap Alhamdulillah dengan rendah diri.


:)


bye!






heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: