Friday, 12 August 2011

aku rase macam jumpa hantu je malam tu.

Assalamualaikum.


layan thread cerita angker di siang hari ditemani keluarga dan sanak saudara dengan tv yang dipasang kuat kuat volume cecah langit adalah petanda ketara aku adalah manusia yang tak sedor diri penakut melebihi batas kemanusiaan.


ade masalah dengan pengakuan itu?


ehh rase macam nak share pengalaman angker aku pulak. meh meh sini dengar.


beberapa bulan lepas, malam sebelom aku balik kampong sem lepas. aku nak gi kolej incik gula hati, yela, nak jumpa la kejap sebelom balik. incik gula hati pon mase tu tengah tunggu akak sedare dia datang amek. jadi, aku la yang kena gi kolej dia.


kolej incik gula hati sebelah kolej aku je. biase aku lalu jalan belakang, dekat sikit. tapi nak sampai sana aku kena lalu satu bekas tapak perkampungan. Kampung Awal nama dia. banyak cite seram yang jadi kat kawasan tu. tapi aku tak amek port sangat.


malam tu dalam pukul 9.30, aku jalan melepasi kawasan tu. sampai kat satu pokok besar kat tepi jalan kat kawasan tu jugak, kat hujung mata aku, aku macam nampak satu benda putih kat bawah pokok tu. aku tak berani nak toleh. bulu roma aku meremang toksah cakap la.


kebetulan pulak takde kereta ke manusia yang lalu mase tu. dem.


sampai kat kolej incik gula hati, aku tak gitau pape kat dia. naseb baek, nak balik kolej aku, incik gula hati ajak aku tumpang kete akak sedare dia. kalau tak, mati kutu jugak aku nak balik sorang sorang.




tu je.


ke tak angker sangat cite aku ni?


bye!






heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

2 scientists in lab:

Nini Hartini on 12 August 2011 at 16:32 said...

mak cik baru balik surau tuuu..kain dia tersangkut bawah ppokok. hehehee

chenthagila on 12 August 2011 at 17:04 said...

@Nini Hartini haha. mungkin gak tu kot. apela makcik tu. sebarang je tinggalkan telekung ;p