Friday, 12 August 2011

untunglah kau ade bakal kakak ipar pandai jahit

Assalamualaikum.


selama 20 tahun aku hidup ni, sejak dari aku kecik hingus melimpah limpah cecah lantai lap hidung gune lengan baju sampai la err aku kecik jugak halus macam tiang letrik ni, tiap tiap tahun baju raya mesti mak aku yang jahit. untung kan ade mak pandai jahit baju.


tak payah nak sibuk sibuk carik tukang jahit awal awal, tak payah nak spare duit bayar upah jahit.  tak payah nak nangis nangis kaki hentak hentak lantai sampai berlubang lantai rumah kalau baju tak sempat siap raya kelapanplohnam baru boleh pakai kahkah padan muka.


tapi mak skarang dah tak larat sangat nak jahit lagi. tak tak bukan dah uzur. mak dah tak kuasa sebenarnye. dah besor, dah pandai melaram, macam macam pesen baju suroh mak jahit.


"mak, baju kawen adibah noor lawa kemaen. nak baju raya macam tu seketul boleh?" ehh kau ingat mak kau Hatta Dolmat?


adibah noor dah kawen ke?


tapi kan...


naseb baek la bakal kakak ipar aku pandai jahit wohh. ade kedai jahit kau tahu. raye tahun ni dalam 200++ baju tempahan. kaya tu. nanti aku ingat nak mintak duit raya dalam 2ribu, agak agak dia lempang tak?


abaikan tiga keping manusia di sebelah kanan itu.

adelah dalam 5 pasang baju kurung pelbagai warna yang dia pernah jahit untok aku. sekali je dia amek upah. tu pon sebab mak aku paksa suh amek. segan nak amek duit dari bakal keluarga mungkin.


skarang mak aku dah pass keje keje jahit kat dia.


aku? jahit?


aku rase aku nak tunggu mesin yang kite masukkan kain raw kuar baju kurung sepasang siap. style bukan?


bye!






heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

4 scientists in lab:

Lia-De-Pinky-Leo on 12 August 2011 at 13:00 said...

bestnyerla... hehehh...

chenthagila on 12 August 2011 at 13:11 said...

@Lia-De-Pinky-Leo best best. hehe

IFA Athirah on 12 August 2011 at 14:12 said...

srono tol lau pndai jahit kn.mcm2 design blh buat. http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

chenthagila on 12 August 2011 at 14:16 said...

@IFA Athirah betol. tapi jangan harap la nk jahit sndirik. hehe