Saturday, 16 July 2011

untuk bakal student biomedical science especeli yang dapat UM





Assalamualaikum.

aku da slamat sampai terengganu pagi tadi pukol 3. sronok dapat balik rumah rase masakan mak yela da bosan dengan masakan kat kolej sana. da la makcik makcik kat sana bole tahan kerek gak. yang tu nanti aku cite entry laen.

aku prasan banyak entri blogger yang cakap pasal result UPU untuk lepasan STPM dan setaraf da kuar ek. tahniah sape sape yang dapat tu. jadi, sebagai sorang undergrads yang da nak masuk final year dalam kos sains bioperubatan ni, aku nak share la sikit pengalaman aku slame 2 taun ni. ye aku tau kos aku tak femes macam medic, farmasi tu.

ehh ade ape dengan femes?

sebenarnye kos aku ni bukan main choice untok orang buat degree. yela. jarang orang dengar pasal kos ni. bile da jarang dengar, orang was was la. takut peluang pekerjaan tu takde. same la macam aku dulu. kos ni bukan pilihan pertama aku. nangis nangis jugak la aku dulu sebab dapat kos ni. takut. macam gelap hitam kusam suram je mase depan. try jugak mintak buat medicine kat u laen. tapi nan hadoo. manusia 4flat skarang da melambak lambak. mimpi di siang hari saje la. tapi takpe. aku trime je. rezeki aku macam ni.

kos aku ni more or less macam medic jugak. same aje. tapi mungkin bit simpler la silibusnye. dan kitorang tak perlu repeat the whole year kalau fail. repeat repeat paper tu common. yang tak repeat tu memang rare. tapi untok batch aku, ramai je yang takde repeat satu paper pon. dan kalau nak dapat pointer 3 ke atas pon sangat sangat sangat susah. batch aku bole dikira ngan jari je yang CGPA 3 and above. ni aku cakap pasal melayu. ca ya nun alif toksah kire la.

tapi biomed science uni laen, laen citenye.

dalam 2 tahun ni, aku dengar banyak cite senior senior yang sengaja nak takutkan junior junior. cakap kos kitorang ni susah nak dapat keje, peluang pekerjaan kurang wutsoever. tapi, believe me, pointer is not everything. it's all about skills. for us, lab skills. aku ade banyak bukti senior senior aku yang blom grad sampai da nak masuk 5th year, but at the end of the day, kawan kawan dia yang da grad awal awal dulu still menganggur tapi dia da dapat keje bole tahan gajinye. see, ni yang orang panggil rezeki.

aku da tak risau sangat pasal keje skarang. banyak peluang kat luar sana. kalau cari, mesti jumpa. tak dapat keje lab (aku pon taknak sangat keje lab. hwhahaha) aku jadik cikgu skolah. hehe. aku? cikgu skolah? blerghh.


bye!








heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: