Thursday 21 July 2011

aktiviti selama 2 bulan sudah

Assalamualaikum.


minggu ni minggu terakhir aku kat UM. research aku da hampir siap. tinggal lagi beberapa step untok complete. supervisa aku cakap da bole balik kampong start tanam pokok petai. nanti Ramadhan bole la tuai hasilnya. hari hari bole buka makan petai. sunggoh heaven sekali kalau begitu.


ahh. dia memang baek. besar hatinye. macam perot jugak. erk. nyesal tak amek gambar skali. bole print letak bawah bantal. bagi mimpi tiap tiap malam. bole la aku cucuk cucuk perot dia kalau dia tak bagi aku A untok research ni *dalam mimpi saje*. melalut.




Alhamdulillah. syukur. research aku smuanya berjalan lancar persis enjin kereta ayah yang diberi makan minyak pelincir berkualiti tinggi setiap bulan. lega. gembira sebab dapat jugak puasa kat rumah temankan mak dan ayah yang saban hari mengadu sunyi berdua duaan sahaja di rumah tanpa belaian kasih sayang anak anak yang jauh merantau ke tempat orang.



melalut lagi. intro yang panjang bole buat orang menyampah nak bace. ingat tu nisa. sudahnye blog kau ini akan dipandang sepi sahaja oleh manusia manusia yang lalu lalang.


keadaan mereka yang sudah lumpuh dicucuk dengan ubat pelali. 




maaf kerana tersenyum di saat kalian meronta ronta meminta dipanjangkan usia. maaf.



pemandangan biasa bagi aku. indah. baunya pon indah. 




maaf kalau perut kauorang memuntahkan segala macam isi sarapan pagi tadi gara gara menatap gambar yang indah kat atas. saje nak tunjukkan aktiviti aku sehari harian sejak 2 bulan yang lepas. inilah yang aku terpaksa hadapi.


sebelom kena pelangkung ngan periuk belanga layangan kauorang, baek aku undur diri.


peace uolss!


oh. yang sebelah aku yang sedang buat buat tekun itu memakai topeng adalah kerana tikus tikus aku pasti tercirit paling kurang pon terkencing tatkala menatap wajah beliau. mereka mereka melihat wajah beliau persis jamban barangkali. mungkin.



kahkahkah.



bye!







heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: