Thursday 22 September 2011

Hantu Bonceng hina islam: pendapat aku.

Assalamualaikum.


ehem. dah malas nak mintak maaf sebab tak hapdet. harap korang paham sendirik rutin harian student yang sibuk memanjang. kelas dari pukul 8 pagi sampai 7 malam kadang kadang. rindu kemaen kat katil. dah malam, badan dah jadik lemah longlai mata nampak katil je tersenyum manja ajak akuh tido dengan nyenyak. kalau bagi aku pilih internet ngan katil, aku pilih katil.


ini siriyes.


tadi buka pose ngan incik gula hati. Alhamdulillah. tinggal lagi sehari je pose 6 aku. incik gula hati da abes pose. fine! emosi. tengah melahap ayam kepsi tadi, sempat la jugak buat perbincangan ilmiah ngan incik gula hati. pasal kes yang sedang hot sekarang; dialog Zizan dalam Hantu Bonceng yang dikatakan hina Islam.


berat isu ni. jarang aku bawa topik berat bertan tan dalam blog ni.



tarik nafas. kembangkan lobang idung.


aku tak memihak sape sape. aku taknak cakap orang tu salah, orang tu kena mintak maaf. orang ni tak betul, kena taubat cepat cepat. aku taknak. jangan salah paham. ilmu agama aku tak tinggi cecah langit. tapi berkongsi sekadar ape yang aku tahu.


aku dah tengok filem tu kat wayang. siriyes aku tak perasan dialog tu. bile ramai yang suarakan benda tu, dah kecoh seantero malaya, buat aku terpikir jugak. macam macam pendapat orang. kebanyakkannya yang mengutuk. lebih parah, ade yang menjatuhkan hukum dengan sewenang-wenang, memetik hadith atau dalil yang tak tentu sahih atau dha'if.


setakat ni, aku paling suka dengan jawapan Ustaz Azhar Idrus tentang isu ni. baca sini.


BAGI AKU, kalau nak ikutkan pada kes seperti dialog tu, kadang kadang kita sendiri pernah ucap ayat yang mirip dialog zizan tu. tak caye?


"Ya ALLAH, banyaknya soalan." 


contoh ayatnye. mesti korang pernah dengar atau cakap ayat macam ni bukan? nampak persamaan dengan ayat zizan?


aku taknak ulas panjang panjang hal ni. aku takut jugak ni. tersalah info, lain jadiknye.


please. no hard feelings. nothing's personal.


pen off.


bye!



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

1 scientists in lab:

Myera Nyera on 22 September 2011 at 21:25 said...

pendapat kita sama. sebab tu orang malas nak update kat blog :)