Monday 1 August 2011

ditindih hantu mase tido

Assalamualaikum.


ape kain putih kat belakang kauorang tu hoi!?


muehehe.


jangan salahkan aku kalau kauorang terlempang laptop dalam keadaan separa sedar. meh meh cik joyah, cik senah, pak mat tempe dekat dekat. dengar mak jemah nak cite seram isnin. tak payah tutup muke gune bantal pejam celik pejam celik mate tu. gagahkan diri bace mak jemah nak cite paranormal ektiviti.


kauorang pernah kena tindih hantu mase tido? aku pernah. banyak kali. toksah tanye kat mane. kat umah, kat kolej, kat jamban apetah lagi. kes pinggiran terlelap mase tengah berkerut dahi melepaskan hajat. style bukan?

oke tipu.

first time aku kena tak beberapa tahun yang lampau. aku tak tahu mase tu. sangat inesen. aku ingat aku mimpi.


bayangkan sedang mimpi melahap coki coki hasil belanjaan incik gula hati, tiba tiba ingin membuka mata kembali ke alam nyata yang fana, tapi TAK BOLEH!  ingin menggerakkan jari tangan pon tak bole. malah kuku juga kaku terdiam di situ biarpon menerima arahan supaya bergerak.

mulalah membace bermacam ayat dan doa. dalam hati.


setelah beberapa ketika, barulah kembali normal. bernafas dengan kencang berpeluh peluh. mulalah rase diri macam sedang dikerumuni pengarah drama dan krew krew lakonan drama swasta melakonkan watak perempuan yang baru mendapat mimpi ngeri. over bukan?


tapi da besar sikit, dengar pengalaman orang lain, baru aku tau istilah 'ditindih'. scary kau tahu?


tunggu dulu.


tak payah nak paranormal ektiviti sangat. meh aku nak terangkan sikit.


fenomena hempap/tindih atau nama medical nya 'sleep paralysis' atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). terel tak aku bagi maksud?

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time time nak tido atau baru baru bangun dari tido. oke, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak, badan kite akan automatically switched off. kecuali denyutan jantung, pernafasan, penghadaman etc yang dia tak switch off.


tapi kadang kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kite. maka masa tu la badan kita lumpuh jap, before otak activate balik.


satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan halusinasi either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik pelik), visual (nampak mende bukan bukan) atau tactile (deria sentuhan, rase kena sentuh/hempap dll..)


Sebab sebab atau benda benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor)
4. stress
5. pertukaran gaya hidup secara tiba tiba.
6. orang yang ader penyakit narcolepsy (google google!)


paham murid murid? tibe tibe jadi cikgu.

jadi lepas ni kalau kauorang kena 'tindih', tak payah simpan hajat nak contact uncle seekers panggil bomoh siam bagai. bace ape ape yang patut cukop.


bye!



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

2 scientists in lab:

safurara on 1 August 2011 at 09:36 said...

eeuuuwww tak suke kena tindih2 ni.takut laaa.

chenthagila on 1 August 2011 at 09:44 said...

@rara pinkmafia huhu. tak perlu takut. takde mende pon.