Thursday, 23 June 2011

penting ke cari pasangan yang SEKUFU?





Assalamualaikum.

tajuk ni jadik topik perbualan aku ngan incik gula hati mase lepak lepak minum minum teh ais kat kafe kolej malam tadik. sesuatu yang sangat cliche dalam bab hubungan, jodoh dan rumahtangga. korang tau ape tu sekufu?

sekufu dalam bahasa mudahnya, setaraf. setaraf tu bole kite takrifkan dalam banyak aspek kan? ade yang takrifkan setaraf tu dalam aspek agama. maksudnye, kalau da same agama, pasangan tu sekufu la. gitu. ade jugak yang takrifkan sekufu dari segi taraf pendidikan, kewangan, keturunan.

siapa itu kasim selamat? majistret? loyar?
apa?! ahli musik?! pantang keturunan aku bermenantukan ahli musik!

...jerit mak dara pada sabariah. sabar jalah.
pernah dengar kan ayat ni? ni takrif sekufu pada pandangan mak dara dalam cite ibu mertuaku. sekufu pada pangkat dan pekerjaan. satu pandangan yang cliche dalam masyarakat kita.

A:  aku ingat aku nak pinang anak dara kau untuk anak teruna aku tu senah oi. tapi anak aku tu stakat spm jela. keje pon anto gas petronas kat umah umah orang kampong. tapi tu lah. anak aku tu hensem. muke stok model. kau tak nak ke senah bermenantukan anak aku ni.

B:   spm??? anto gas??? ahhhhh....semputtttt. simpan jela angan angan kau jenab. anak dare aku tu ade ijazah. tak seswaiii gituhh!

yang ni pulak takrif sekufu dari aspek taraf pendidikan. slalu la berlaku dalam masyarakat kite ni. lebih kurang jela kan dengan sekufu dari segi pekerjaan tu. ayah aku ade je kawan dia keje biase biase, tapi puan bini dia lecturer. kau mampu?

ade jugak yang takrifkan sekufu ni dari segi pemikiran. pasangan tu kena ah sama pemikiran dia. kau orang bayangkan la kalau situasi macam ni berlaku,...

puan bini:   abang, nak balik kampung la petang ni. da lame tak mandi sungai.

incik suami:   balik kampong mendenye. ari ni ari selasa. esok keje. kalau kampong awak kat bangsar sana, bole la nak balik hari. kampong kat zimbabwe sana plak tu. rentikanla tebiat awak ni.

puan bini:   tak kire! nak balik jugak! kalau tak, ceraikan saya now!

oke. bodo gile contoh aku bagi. tapi korang bayangkan jela ek situasi macam gitu berlaku dalam rumahtangga sebab tak leh nak tolak ansur sebab (lagi) tak sekufu pemikirannya. jadi aku rase penting la sekufu dari aspek pemikiran ni unless pasangan tu sanggup dan boleh berubah. sanggup berubah demi keharmoniaan hubungan itu sweet bukan?


bagi aku la, pasangan yang sekufu pasti akan dapat membina satu keluarga yang harmoni sebab matlamat dua duanya sama. pasangan yang tak sekufu lak, susah sikit la.. yela.. sorang kesitu, sorang ke sinun. ashane nak manage family dengan baik? last last, cerai berai. anak anak yang jadik mangsa. tak ke sadis endingnye tu?


tapi sekufu bukan la benda yang wajib pon. takde pon dalam syarat nikah. even jodoh kite dengan pasangan yang tak sekufu, tapi dia sanggup nak berubah, takde hal. Rasulullah menyarankan kita cari pasangan yang sekufu sebab Islam lihat sesuatu jauh ke depan. bukan untuk jangka mase esok luse lepas nikah je kan.

prevention is better than cure kan? ade kena mengena tak? ade ade.

tu je kot.

bye!







heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: