Wednesday 19 September 2012

We're Engaged!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. aku ngan azly dah selamat ditunangkan pada 15 sept, sabtu lepas. hepi toksah cakap. antara hari yang kami paling tunggu tunggu.

kami pilih 15hb sept sebab tarikh tu paling praktikal untuk family belah azly yang travel jauh dari batu pahat sampai kuala terengganu, memandangkan 16hb tu hari malaysia dan 17hb isnin tu cuti, jadi banyak la mase untuk diorang nak jalan jalan lagi lepas majlis tu. ye dok?

aku malas nak buat review itu review ini macam orang lain, sebab takde benda sangat untuk aku review. majlis kami sangat simple.


pelamin mini ni satu satunya benda yang aku tak buat sendiri. yang ni aku sewa. ekceli abang aku sponsor. hewhew. rm200. murah la nak dibandingkan ngan pelamin bridal lain. tapi kureng sikit la kualiti dia. awalnya aku nak DIY sndiri je. tapi mak aku tak percaya ngan kebolehan aku. fineeee.



baju tunang aku ni ekceli baju raya. tapiiii..tak sempat jahit sebab tukang jahit official family aku aka kakak ipar aku alahan teruk sebab peknen.jadiiii..memandangkan warna salmon pink ni macam sesuai untuk buat tunang, aku suh la akak ipar aku jahit je buat kurung moden. border lace putih tu aku beli kat jakel. rm140 semeter. aku bli 0.75 meter je = rm100. mahal. tapi berbaloi la sebab kualiti dia jauh la kalau nak banding ngan border yang orang jual online. lace tu aku jahit sndiri. pastu tambah pearls sikit. siap!


gubahan hantaran ni sume aku buat sendiri. yang ungu hantaran aku bagi kat azly. yang biru azly bagi kat aku. yang azly bagi kat aku pon aku gubah sendiri kecuali tepak sirih, sirih junjung, kek ngan bekas cincin.

gambar close-up mekap.


mekap pong aku mekap sendiri. hewhew. menggunakan ilmu ngandam ngandam yang tak seberapa ni, conteng conteng je muke. silap aku sebab start mekap lambat, aku tak sempat nak kemaskan bulu kening yang berselerak ni. sedih.

makanan haritu dimasak dengan cara gotong royong sdare mare. menu; nasi minyak lauk gulai daging ngan ayam masak merah, acar timun, tembikai ngan desert koktel. kos? nanti aku bitau kos untuk semua.

doorgift punye gambar aku lupe nak amek. stress! dah la comel. doorgift ni sangat last minute. asalnye aku memang nak bagik. tapi mak ngan abang aku cakap takyah bagi sebab tunang je kan. 2 hari sebelum majlis, ayah aku tanye ade sedia doorgift untuk family sebelah sana tak. sebab ayah la, aku sediakan doorgift tu. hehe. takde ape sangat. beg comel warna pink, isi dalamnye aku beli bekas kaca bentuk mentol lampu yang sangat comel. aku isi coklat. beg pink tu rm0.50/pcs aku beli 50 pieces. bekas kaca tu rm1.10/pcs aku beli 40 pcs je. tak sampai rm100 untuk doorgift. walla!









kos majlis aku:

hantaran: ~rm400 sebab aku sediakan hantaran dua dua pihak (barang+deco)
attire: rm165
kenduri: ~ rm600
barang sewa: rm48
pelamin: rm200(aku tak kire la sebab abang aku sponsor)
sewa rumah untuk family sebelah sana: rm100

total cost lebih kurang rm1313.

murah kan? aku cut cost kat bahagian catering la kot. sebab aku takde sedia kanopi, barang barang sume pinjam makcik aku punye. hehe.


terima kasih kat mak ayah, keluarga yang bersusah payah untuk majlis ni. terima kasih gak kat bakal family yang sanggup datang dari jauh.

terima kasih pada kawan kawan yang ucap tahniah kat fb, sms lagi, yang mendoakan yang baik baik untuk kami. doakan jodoh kami berpanjangan. insyaALLAH :)

bye!



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

7 scientists in lab:

Anonymous said...

tahniah!! sgt padan =) cepat2 kahwen.. semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga amin =)

chenthagila on 20 September 2012 at 22:22 said...

terima kasih.aminn :)

Sarah Nabila on 22 September 2012 at 08:17 said...

Congratulation...adore your dress..^_^

ainraus on 23 September 2012 at 21:03 said...

awww. bestnya kalau dapat cut cost. tgh survey utk akhir tahun depan. hihihihi.

salam perkenalan anyway. :)

Maria Menado~ on 16 January 2013 at 23:55 said...

saving.. boleh amik tips ni.. =) plan nak cut lebih byk cost. kihkih.. thanks. saya suka baju awak.. simple. =)

ATHIA ZAMANI on 28 April 2014 at 21:36 said...

Salam....akak nk tanya mini pelamin tu tempah kat mana ekk...murah kott rm200

ATHIA ZAMANI on 28 April 2014 at 21:37 said...

mini plamin tu tempah kat mana kak ?? murah rm200 tu