Friday 24 June 2011

Maharaja Lawak malam ni. tak kire ah aku nak Jozan menang.




Assalamualaikum.

ahem! hari ni hari Jumaat. bakal ditinggalkan kesorangan lagi oleh incik gula hati. tsk. ni ah naseb blajo jauh jauh dari femili. takpe ah. terima jela. sobs.

eh malam ni final maharaja lawak. aku memang tak dapat nak tengok live ah sebab aku kat kolej skang. tv pon aku tak kenal kalau aku kat kolej. biasenye aku akan terbaring terlentang terbongkang atas katil di penjuru bilik ni. tu ah aktiviti aku kalau incik gula hati balik kampong. seolah olah nyawa semangat dan jiwaku dibawa pergi skali naek bas transnasional kat terminal bas bandar tasik selatan yang gah macam airport tu. sadis sunggoh.

aku nak tengok Maharaja Lawak final hoi!

aku tak kesah sangat la sape yang menang rm300k tu malam ni. ape sebab nak kesah? laen la kalau nanti da menang dorang terjun turon pentas, amek cab "pakcik, kolej 6 UM pliss", jerit panggil name aku dan cakap "nahh, awak ambek la rm200k ni." ahh alangkah bahagia hidup aku $_$ tapi aku tahu dan kau orang pong tahu membezakan realiti dan fantasi bukan? *sigh*


aku tak kesah sape yang menang antara Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu. sebab dorang sume memang layak masuk final pong. dorang sume memang menepati ramalan aku sapa yang tahan sampai ke final. da sampai tahap ni, susah la sikit nak tentukan sape yang akan jadi juara.





tapi kannn....

personally aku nak JOZAN yang menang. huehehehe. sebab bagi aku dorang paling best. aku tak nilaikan dorang dari segi performance dorang kat pentas Maharaja Lawak je. aku nilaikan secara overall selama dorang berjaya buat perut aku tegang sehingga menimbulkan six packs pada otot abdomen aku. kau orang caye tak aku bohong ni? hehe.

tapi tu bagi aku la kan. tapi lagi skali aku cakap aku tak kesah sape yang menang. MOK. Mak Ok Je. Sepah pon calon feveret untok menang jugak. dorang pon best. senyum senyum la jugak aku mase dorang perform. tapi untok Nabil ngan Jambu walaopon orang ramai cakap dorang best, tapi aku rase aku senyum senyum je mase dorang perform.

tapi kalau tyme Jozan, bole aku gelak terbahak bahak berguling guling atas lantai sambil menekan nekan perut dan menumbuk numbuk lantai. aku pon tak paham nape reaksi aku over sebegitu rupa. aku bias. mungkin. sebab ZIZAN tu orang ganu dan aku nak tengok orang kampong aku berjaya. mungkin tu antara faktor jugak la.

ahh tak kire ah. aku nak Jozan menang!

korang votekan Jozan bagi pihak aku k. muehehe :D

ok ah. bye!







heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

4 scientists in lab:

Fadzzureen Redzuan on 24 June 2011 at 17:13 said...

Awak , jambu tu en kalau keluar tu keluar jea lahh . Kenapa lah diaorang kena masuk , lawah bangang jea kan ? =='

chenthagila on 24 June 2011 at 20:08 said...

@ZureenDomolixious ♥ betul tu yang. kite pon tak bape minat grup tu. pelik nape ramai cakap dorang lawak-nak-mati. huhu

HaNa Hani on 25 June 2011 at 05:32 said...

dah akhirnye sepah yg memg
kenape tidak jozan
meraung 1minit
hehe

chenthagila on 25 June 2011 at 08:53 said...

@HaNa Hani kan. tidak mengapa laaa....
da rejeki dorang macam tu. huhu