Wednesday 29 June 2011

ADIL KE TIDAK??..

ni bukan versi melodi zizan ''ada ke tidak"..huhu..ni versi luahan hati aku..
aku bersyukur dengan ape yg Allah S.W.T dah kurniakan..sedikit pun tak pernah memperkecilkan kemampuan orang lain terutama dari segi akademik..kerana budak2 kecil pun tahu sebabnya (malas nak sebut..huhu)

walaupun orang lain tengah berseronok2 goyang kaki kat rumah,,namun aku terpaksa menyiapkan research project yg semakin mengusutkan kepala wotak aku nih!! huh,thanks prof mahmood (no problem jawabnyer;..ingat tu adik2)

tapi dalam mase yg same banyak perkara yg menyentap pikiran, hati dan sanubari aku sepanjang di UM ketika ini..yg pertama,adakah manusia menilai seseorang itu berdasarkan kos semata2? ye aku tahu aku kos biomed je,tapi dari dulu aku tak pernah mengeluh bila dapat tawaran amik kos ni..tahu la kos biomed ni macam 'dianak tirikan' oleh fakulti perubatan mahu pun student2 kos lain (tak semua yer)

baru2 ni ada budak kos lain yg mempertikaikan,''ala,subjek yg kau amik senang'',tapi macam aku tak amik anatomy,biochem,pyhsiology,pharmacology,pathology (Alhamdulillah,,semuanye lulus dan tak perlu repeat) yg merupakan subjek core fakulti,,dimana semua student fakulti medik wajib amik..even budak biomed pun ada amik immunology,microbial infection, molecular bio, and macam2 lagi...so kenape perlu timbul ayat ''ala,subjek yg kau amik senang" sedangkan hampir 1/3 subjek core fak semua kena amik tak kira kos ape..pikir2 la sendiri

yg kedua, "eh, abg ada kat sini?" tanya seorang student medik berbangsa Malaysia (haha,,ada tiga kaum,,pilih2,,bukan melayu yg pastinya) selepas 2minggu aku kat kolej kediaman budak2 medik stay..walaupun soalan tu macam biasa,,tapi agak menyentap jugak,,TAK LAYAK KE AKU STAY WALAUPUN SEKEJAP? ade je budak2 law,alam bina, dan enjin yg stay kat sini,,tak perlu la pelik,,kolej kediaman sepatutnye open untuk semua student UM yg layak (amik note sikit wahai penyelia2 kolej TB,,haha,,bukan nama sebenar)

yg ketiga, ''ala,kau pandai. join banyak projek pun kau boleh mantain pointer'' statement yg dikeluarkan oleh beberapa org tertentu (dot,dot and dot...huhu,,sulit)..aku pun tak paham dgn statement tu,,cari dalam google and wikipedia tapi tak jumpa lagi..malah satu article journal pasal ''org pandai walaupun join projek tapi masih dapat kekalkan pointer" belum keluar2 lagi..kat mane nak carik ek kawan2?huhu..aku pun tak paham, nak kate tak masuk u lagi,,da masuk,,bukan ke semua yg masuk u semua sama pandai?kalau tak pandai dan tak usaha,,macam mane boleh masuk u?even pointer aku kat matrik pun tak dapat 4felet,,spm apatah lagi,takdelah straight A.jika nak dibandingkan dgn org lain,,pencapaian aku sebelum ni berape la sgt,,tapi rahsianye, aku tak mudah putus asa walaupun banyak halangan, aku tawakal selepas berusaha 200%, aku reda dgn keputusan yg aku dpat, dan aku bersyukur,,dan tak lupa juga restu mak aku tiap-tiap hari, sehari 2 kali,,pagi dan malam..

aku da malas nak pikir lagi ape org kate pas ni..yg penting,aku nak buktikan yg biomed juga boleh berjaya kat luar sane, tak kira la ape kos pun,,kalau Allah S.W.T da tentukan rezeki setiap org,,dia tentu akan berjaya kalau diizinkan. Bubye!



heyy chanthekk ! tak komen , langgar tiang ;pp

0 scientists in lab: